Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

KAMI WARGA SEKOLAH AGAMA BANDAR KOTA TINGGI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA.






Read more...

Wednesday, October 20, 2010

LENCANA SEKOLAH & SINOPSIS

• WARNA KUNING
Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada Allah, keluhuran hati dalam usaha untuk menjadi insane Rabbani.

• WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan dan keharmonian dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam merealisasikan motto sekolah.

• BERILMU, BERIMAN, BERAMAL
Motto Sekolah :- Warga Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi berusaha menimba ilmu, mengukuhkan keimanan kepada Allah dan seterusnya akan mengamalkannya dalam kehidupan.

• SABKT
Nama singkatan bagi Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi.

• SEKOLAH AGAMA BANDAR KOTA TINGGI.
Di ambil sempena kedudukan sekolah yang terletak di kawasan Bandar Kota Tinggi.

• 1936
Tahun terbinanya Sekolah Agama Bandar.

• JOHOR
Sekolah Agama Bandar terletak di Negeri Johor.

• BENTUK BULATAN
Melambangkan penyatuan ukhwah yang terjalin dengan erat antara warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

• BENTUK LAPAN PENJURU
Menunjukkan lapan nama syurga yang menjadi impian semua umat islam.

Read more...

SENARAI GURU BESAR

Read more...

PIAGAM SEKOLAH

  1. Memberi layanan yang saksama, telus dan mesra kepada semua pelanggan
  2. Berusaha dengan penuh kesungguhan untuk melaksanakan sistem pendidikan agama yang mencakupi semua peringkat pengajian
  3. Memberi pendidikan yang berkesan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran
  4. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bermula pada hari pertama sesi persekolahan setiap tahun.
  5. Bersedia menerima pandangan dan teguran yang membina daripada semua pihak
  6. Menerima dan menyelesaikan setiap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari waktu bekerja
  7. Bersedia menerima pandangan dan teguran yang membina untuk penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan
  8. Memastikan pendaftaran murid darjah 1 mulai Jun hingga September diurus dengan cekap dan sempurna
  9. Memastikan murid-murid menerima bekalan kitab SAKJ
  10. Memastikan proses peperiksaan bersijil dapat dilaksanakan mengikut jadual
  11. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat
  12. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi

Read more...

Tuesday, October 19, 2010

MISI VISI



Read more...

Monday, October 18, 2010

OBJEKTIF SEKOLAH

Read more...

Sunday, October 17, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Bandar  Kota Tinggi ditadbir di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Johor. Dibuka pada awal tahun 1936 ditadbir Guru Besar yang pertama iaitu Ustaz Hj Ahmad Amin Bin Othman.
Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada Hj Abu Bakar Sakek, Hj Abd Rahman Anon, Hj Ibrahim Yacob, A’esa Sahid, Hj Abd Halim Abd Hamid, Abdullah Abu Bakar, Abdul Moin Duamil, Hj Abd Samad Abu Bakar, Hj Mohd Salleh Maliki, Hjh Maimunah Ahmad, Hj Muhamad Zaini Abd Hamid, Ahmad Tugi Siran, & Mislah Dahlan.
Sekolah Agama Bandar telah berpindah sebanyak enam kali sebelum mendapat bangunan khas daripada kerajaan negeri dengan peruntukan berjumlah RM 1.8 juta yang dibina ditapak lot PTD 29956 Pejabat Tanah Kota Tinggi pada tahun 1983
DEWAN AD-DHASUKI
Kini sekolah mempunyai 2 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 18 buah bilik darjah. Sebuah bangunan surau, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Ad Dasuki, bangunan kantin dan juga TAJ. Waktu pengajaran dan pembelajaran  sesi pagi bermula dari 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari. Bagi sesi petang pula bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang.
Tenaga pengajar terdiri daripada 14 orang guru dan seorang kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Waktu pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada 2 sesi. Murid sesi pagi terdiri daripada 206 orang murid dan mempunyai 4 orang guru. Sesi petang seramai 495 orang murid dan 10 orang guru. Bagi sesi pembelajaran Darjah Khas pula bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pelajar Darjah Khas seramai 96 orang beserta 4 orang guru.
Diantara pencapaian yang pernah diraih oleh murid sekolah ini di peringkat daerah adalah Johan dalam bahagian Al quran Tahap II (Puteri), Azan Iqamah Tahap I, Seni Khat Tahap I & II. Sekolah Agama Bandar telah banyak melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik serta menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

Read more...