Wednesday, October 20, 2010

LENCANA SEKOLAH & SINOPSIS

• WARNA KUNING
Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada Allah, keluhuran hati dalam usaha untuk menjadi insane Rabbani.

• WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan dan keharmonian dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam merealisasikan motto sekolah.

• BERILMU, BERIMAN, BERAMAL
Motto Sekolah :- Warga Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi berusaha menimba ilmu, mengukuhkan keimanan kepada Allah dan seterusnya akan mengamalkannya dalam kehidupan.

• SABKT
Nama singkatan bagi Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi.

• SEKOLAH AGAMA BANDAR KOTA TINGGI.
Di ambil sempena kedudukan sekolah yang terletak di kawasan Bandar Kota Tinggi.

• 1936
Tahun terbinanya Sekolah Agama Bandar.

• JOHOR
Sekolah Agama Bandar terletak di Negeri Johor.

• BENTUK BULATAN
Melambangkan penyatuan ukhwah yang terjalin dengan erat antara warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

• BENTUK LAPAN PENJURU
Menunjukkan lapan nama syurga yang menjadi impian semua umat islam.

0 comments:

Post a Comment