Sunday, October 17, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Bandar  Kota Tinggi ditadbir di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Johor. Dibuka pada awal tahun 1936 ditadbir Guru Besar yang pertama iaitu Ustaz Hj Ahmad Amin Bin Othman.
Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada Hj Abu Bakar Sakek, Hj Abd Rahman Anon, Hj Ibrahim Yacob, A’esa Sahid, Hj Abd Halim Abd Hamid, Abdullah Abu Bakar, Abdul Moin Duamil, Hj Abd Samad Abu Bakar, Hj Mohd Salleh Maliki, Hjh Maimunah Ahmad, Hj Muhamad Zaini Abd Hamid, Ahmad Tugi Siran, & Mislah Dahlan.
Sekolah Agama Bandar telah berpindah sebanyak enam kali sebelum mendapat bangunan khas daripada kerajaan negeri dengan peruntukan berjumlah RM 1.8 juta yang dibina ditapak lot PTD 29956 Pejabat Tanah Kota Tinggi pada tahun 1983
DEWAN AD-DHASUKI
Kini sekolah mempunyai 2 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 18 buah bilik darjah. Sebuah bangunan surau, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Ad Dasuki, bangunan kantin dan juga TAJ. Waktu pengajaran dan pembelajaran  sesi pagi bermula dari 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari. Bagi sesi petang pula bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang.
Tenaga pengajar terdiri daripada 14 orang guru dan seorang kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Waktu pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada 2 sesi. Murid sesi pagi terdiri daripada 206 orang murid dan mempunyai 4 orang guru. Sesi petang seramai 495 orang murid dan 10 orang guru. Bagi sesi pembelajaran Darjah Khas pula bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pelajar Darjah Khas seramai 96 orang beserta 4 orang guru.
Diantara pencapaian yang pernah diraih oleh murid sekolah ini di peringkat daerah adalah Johan dalam bahagian Al quran Tahap II (Puteri), Azan Iqamah Tahap I, Seni Khat Tahap I & II. Sekolah Agama Bandar telah banyak melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik serta menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

3 comments:

Unknown March 25, 2020 at 2:11 AM  

Assalamualaikum boleh saya tanya?

Unknown March 25, 2020 at 2:12 AM  

Bila ya tahun penubuhan blok B dan dewan addasuki ni?

FA November 26, 2020 at 3:20 PM  

salam, boleh saya tahu sumber penulisan mengenai sejarah sekolah ini diperolehi daripada mana ye? adakah dari sekolah itu sendiri?

Post a Comment